Sebar Ilmu Tanpa Ragu

Friday, 17 February 2017

Sekumpulan Remaja Lelaki dan Perempuan Menumpahkan Air Mata Seorang Pak Cik - FEDTRI YAHYA


Kita bukan insan sempurna tetapi kita masih berpeluang untuk berubah. Masih teringat dan sukar dilupakan akan kisah seorang warga emas yang bercerita perihal anak muda di pinggir jalan tepian masjid. Azan sudah berkumandang. Sekitar 15 orang remaja lelaki dan perempuan masih asyik bergurau senda.

"Mari sembahyang. Dah masuk waktu ni."

Jawapan yang diterima pak cik begitu mengejutkan!

"Pak cik nak sembahyang, sembahyanglah sorang-sorang. Jangan sibuk jaga tepi kain orang. Nak masuk syurga, masuk sorang-sorang. Tak payah peduli hal kami. Nak syurga ke, nak neraka ke ... . 
Kasihan Tuhan buat neraka tapi tak ada orang nak masuk.”

Remaja perempuan mencelah. "Kami datang bulan. Tak percaya? Nak tengok?"

Semua ketawa berdekah-dekah dalam kesamaran remang senja. Si tua yang terlalu terkejut, hilang kata-kata dan berlalu pergi. Menangis dalam wuduk yang masih basah..

Berdasarkan kisah ini, saya bertekad untuk melahirkan sesuatu yang bermakna buat diri dan masyarakat kerana jika hendak tunggu sempurna baru mahu menulis, sampai bila-bila pun ilmu akan statik dan tak berkembang. Biar sedikit, asalkan jejak ilmu terus berputik.

Sem. Malaysia: RM 20 / SS: RM 22


Yang pahit dan yang kelat bukan marah. Ia tanda kebimbangan yang jujur. 
Moga diambil secara positif untuk kebaikan.


Yang lantang dan yang terang bukan amuk. Ia tanda prihatin dan cakna. 
Moga membawa perubahan untuk kesejahteraan ummah.


Yang berbunga dan yang bermadah, bukan untuk mengelirukan. 
Moga menambah seri bahasa yang kita cintai.


Yang bersulam nasihat dan yang berpedoman, bukan menunjuk pandai, 
ia hadir daripada Allah SWT dan saya hanya penyampai yang terpilih. 
Share:

0 comments:

Post a Comment

Scroll To Top