Sebar Ilmu Tanpa Ragu

Sunday, 8 January 2017

ROOMMATE: BERSEDIA MENTAL DAN FIZIKAL- Khaidir Helmi.


Buku keempat untuk Buku Puris adalah Novel Roommate. Setakat ini ramai yang sudah memilikinya dan memberikan komen yang positif.

Penulis, Khaidir Helmi yang kini berada di Madinah seringkali memuatkan komen-komen pembaca yang telah memiliki novel beliau di Facebook peribadinya.

Menurutnya lagi, pembaca perlu bersedia mental dan fizikal sebelum membaca karyanya kerana jalan ceritanya yang mencabar.
"Jujur nak bagitahu. Sebelum dapatkan novel Room Mate. Plese sediakan jiwa dan mental. Bukan novel ini seram tahap diabetes. Tetapi novel ini perlu dihayati satu persatu untuk difahami jalan ceritanya.
"Jangan cuak sekiranya kepala berkerut-kerut ketika membacanya kerana setiap jawapan sebenarnya ada dalam novel ini. Hayati. In Shaa Allah nanti faham," ujarnya di Facebook.
Novel Roommate berharga RM 20 adalah karya pertama beliau bersama Buku Puris. Cetakan pertama adalah pada November 2016 dan kini telah memasuki pasaran kedai-kedai utama di seluruh Malaysia. 

Share:

0 comments:

Post a Comment

Scroll To Top