Sebar Ilmu Tanpa Ragu

Saturday, 7 January 2017

Anak Muda Ini Tidak berhenti ziarahi saudara baharu




Kali ini kami ingin perkenalkan penulis muda ini. Karya beliau One Way Ticket; Pergi Tak Pasti Kembali. 


Muhammad Safwatullah Bin Mohd Fadli
, merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur. Menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Datuk Keramat 2 dan Sekolah Rendah Agama Al-Alusi sebelum menyambung pengajian dari tahun  2006 hingga 2010 untuk Sijil ‘IDADI, PMR, THANAWI dan SPM di sekolah menengah, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Daerah Batang Padang, Bidor, Perak. Seterusnya menyambung Sijil Tinggi Agama Malaysia di Sekolah Menengah Agama Raja Dr. Nazrin Shah, Kampong Gajah, Perak sebelum melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Insaniah, Kedah selama tiga tahun (2012 – 2014) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin.

Bagi dirinya, menadah ilmu daripada ayahanda dan bonda merupakan manifestasi sebuah universiti yang sebenar iaitu Universiti Kehidupan. Memanfaatkan masa yang pantas berlalu, beliau bertekad untuk tidak berhenti menziarahi saudara baharu dalam memastikan ilmu akan sentiasa di sampaikan, akidah dikuatkan, ibadah dibetulkan dan kebajikan sentiasa dijaga.

Karya sulung penulis bersama Buku Puris.

Tahun 2012 menyaksikan bagaimana seorang anak dididik oleh ayahandanya untuk menjadi seorang pendakwah seperti dirinya juga. Terbang merentasi Laut China Selatan ke bumi Sabah, berulang alik bersama ayahanda dan bonda, demi meneruskan perjuangan membangunkan Islam di daerah terpencil.


-------------------
Info One Way Ticket, klik DI SINI
Share:

0 comments:

Post a Comment

Scroll To Top