Sebar Ilmu Tanpa Ragu

Wednesday, 4 January 2017

Kisah yang Penuh Debaran Membuatkan Lelaki ini Enjoy Baca Buku Talaqqi

Saya jarang baca buku sampai habis dalam masa yang singkat. Cepat mengantuk. Isteri saya dah tak larat nak alihkan buku dari badan sebab asal baca mesti tidur, dan buku pun tidur sama. Ha ha.
.
Tambah pula cerita pasal sejarah. Ada yang baca separuh jalan, simpan lama, lupa terus, akhirnya terhias di rak library rumah saja. Paling sadis, jadi mainan anak-anak, tarik sepahkan dari rak, lepas tu conteng. Aduhai…

.
Tapi tidak bagi buku #Talaqqi; Demi Ilmu Aku Mengembara. Travelog ini bagi saya padat dengan fakta sejarah tentang lokasi yang penulis pergi. Ya, Anwar Majdi (kena follow dia), masih muda, tapi gigih dulu kelana ke Syria selama 6 tahun demi ilmu.
.
Mungkin tertanya-tanya Talaqqi tu apa? Bagi penggemar ilmu sangat arif tentang istilah ni. Ia merujuk kepada mereka yang gigih mengaji mencari ulama, duduk bersimpuh di hadapan tuan guru, dan menadah kitab dari kulit ke kulit. Itulah yang penulis ini buat ketika di Syria.
.
Saya enjoy baca sebab digarap baik dengan gaya santai. Tidak berat. Rasa kepala seperti di"install" info baru yang jarang saya tahu tentang Syria. Sesekala gelak sendirian sebab ada dialog yang lucu. Pendek kata, jika anda yang pernah ke Syria membacanya, mesti teringat-ingat momen indah kat sana.
 .
Kalau tatap buku ni mesti terasa sangat dengan apa yang jadi sekarang kat Syria. Sebab boleh buat bandingan Syria dulu dan kini. Tambah pula sekarang ni trending isu Syria.
.
Jika buat carian kat facebook, hampir 1 Juta orang bercakap-cakap tentang isu ini. Bayangkanlah, 200 ribu nyawa melayang; kanak-kanak dan dewasa dibunuh tanpa dosa, wanita dirogol tidak berhati perut! Allahu.
.
Kebanyakan tempat sejarah, makam para Sahabat, dan keindahan Syria sebelum konflik berdarah, kini makin pupus. Masa saya baca, teringin juga nak ke sana suatu hari nanti, tapi 1000 kali sayang apa lagi yang nak ditatap bila kena bom habis, nak pergi pun belum tentu dapat jejak.
.
Bijak penulis ini tumpahkan seluruh pengalaman beliau di sana. Katanya akan ada sambungan dalam buku kedua, lebih "thrill" katanya. Mana tidaknya, ia antara hidup dan mati bila peluru tentera Basyar melalui di kepalanya. Fuh!
.
Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur beliau, untuk berkongsi cerita.
.
.

Talaqqi; Demi Ilmu Aku Mengembara
RM 20.00

Ulasan Oleh: Shafie Hashim.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Scroll To Top