Sebar Ilmu Tanpa Ragu

Wednesday, 11 January 2017

KUCH KUCH: SELAIN MENGISI MASA LAPANG, JUGA MENGISI HATI-Shukery Azizan


Tim Jejak Maududi sempat menghubungi 3 orang figura berpengaruh ini bagi mendapatkan komentar terhadap karya sulung mereka, Kuch Kuch


Salah seorang daripadanya adalah Shukery Azizan (gambar), penulis berpengaruh di tanah air dan mendapat tempat di kalangan pembaca muda melalui karya laku keras beliau iaitu, Bedtime Stories Sentap 1 & 2 di samping 5 buah bukunya yang lain. Beliau telah memberikan komentar positif tentang buku Kuch Kuch ini.  

"Kuch Kuch membawa pendekatan berbeza daripada buku-buku indie yang lain. Menulis dan membaca bukan sekadar untuk mengisi masa lapang, juga untuk mengisi hati. Saya tertarik dengan variasi yang disampaikan, yang pada akhirnya membawa pembaca kepada maksud yang sama, iaitu tarbiah. Saya kagum dengan buku ini. Anda semua patut milikinya. Sekalung tahniah untuk team  ISMA India. Semoga bermanfaat," ujar beliau.


Sementara itu, figura kedua adalah penulis buku laku keras HeadwithSerban 1 & 2, Najmi Nawawi (gambar). Beliau yang kini belajar di India dalam jurusan Perubatan juga menjadi ikon anak muda dalam persatuan ISMA India di sana. 

Beliaulah salah seorang penggerak utama terhasillnya buku Kuch Kuch. Atas idea beliau, lahirlah satu gabungan penulis muda di bawah tim Jejak Maududi. Baginya, buku Kuch Kuch ada kelainan tersendiri. 

"Sebagai salah seorang pelajar yang turut menyambung pelajaran di India, saya dapati buku ini mempunyai auranya tersendiri. Aura yang menyerupai sebuah pendekatan jiwa kepada para pembaca. Mana tidaknya, setiap kata-kata nasihat dan teguran yang dilontarkan dalam buku ini bagaikan saya mendengar lafaz penulis sendiri. Sebuah luahan kata yang berjaya dirasa."

Ustazah Nurulhuda Baharin (gambar), Novelis Remaja "Cabaran Nasi Telangkup" pula adalah figura ketiga yang begitu teruja ketika memberikan sisi pandang tentang buku Kuch Kuch. 

"Apabila saya membaca dan meneliti buku ini ... Alhamdulillah, Subhanallah, Masya-Allah! Syukur masih ramai mahasiswa  berbakat dalam penulisan yang mampu berkongsi ilmu, pengalaman juga bergabung tenaga untuk berbakti kepada ummah."

Baginya, buku ini bukan sekadar bahan bacaan peribadi secara santai tetapi mampu dijadikan sebagai  perkongsian motivasi, pembakar  semangat bahkan satu terapi buat jiwa yang mencari-cari sesuatu.


Kuch Kuch membawa maksud sesuatu sedang berlaku merupakan gabungan 34 penulis yang menulis dalam pendekatan berbeza namun tema dan mesej yang sama iaitu mengajak ke arah positif dan mencengah perkara yang negatif. Karya kelima terbitan Buku Puris ini baru sahaja siap dicetak akhir Disember 2016 dan kini sudah mula memasuki kedai-kedai utama seluruh tanah air. 
Share:

0 comments:

Post a Comment

Scroll To Top