Sebar Ilmu Tanpa Ragu

Friday, 27 January 2017

Confession ROOMMATE




Sebelum ni ada baca pasal kisah roommate yang psiko. Tak dapat bayangkan kalau dapat roommate macam ni. Nak study pun ke laut jadinya wei! Itu belum bab tidur dalam bilik dengan roommate. Berdua pulak tu! Tolonggg... .
         
   So, untuk kuatkan semangat aku yang dah down ni, ada member bagi cadangan suruh aku cari buku ROOMMATE, tulisan Khaidir Helmi.  Member tu siap cakap dengan aku, lepas baca nanti kau tak akan jadi penakut lagi kalau dapat tinggal kat asrama dengan sesiapa pun yang bakal jadi roommate aku. Gulp! Betul ke?





SINOPSIS:

Buku PURIS  yang keempat ini merupakan genre seram-thriller. ROOMMATE membawakan kisah Awira yang merupakan pelajar baru di sebuah universiti tempatan dan di situlah dia mengenali Sofi sebagai rakan sebiliknya atau yang sering dipanggil sebagai roommate. Pelbagai kejadian aneh telah berlaku kepada Awira sejak dia menjadi pelajar di situ. Antara gangguan yang berlaku, Awira menyaksikan di depan mata kepala Sofi melekat di dinding bilik mereka.  

Awira telah terlibat dengan permainan ghaib yang menjadi  kegilaan pelajar-pelajar di situ. Permainan yang menyeru kanak-kanak kecil bernama Bloody Mary, dipercayai boleh menunaikan seluruh hajat orang yang meminta. Sofi rakan sebilik Awira juga terjebak dengan permainan tersebut. Sofi menjadi tertekan kerana sering diugut oleh “benda” terbabit. Dalam keadaan terdesak, Sofi telah menjadikan Awira sebagai cagaran untuk Bloody Mary. Awira semakin tertekan kerana sering diganggu.

Penulisan yang berbeza daripada penulisnya, Khaidir Helmi yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kuala Bekah dan pendidikan menengah di SMKA Tuan Guru Haji Abbas dan Kolej Al-Quran Terengganu. Masih menuntut di Universiti Madinah, Arab Saudi dalam bidang syariah, beliau mengharapkan novel ini mampu membentuk persepsi baru dalam kisah seram. Bukan sekadar kisah halau hantu semata-mata tetapi lebih kepada penderaan “emosi” sehingga merasakan hantu itu benar-benar wujud. Selamat membaca!
Share:

0 comments:

Post a Comment

Scroll To Top