Sebar Ilmu Tanpa Ragu

Saturday, 7 January 2017

34 Pelajar Malaysia di India Bergabung dalam Satu Buku






Saudari Aeishah binti Khidir ketika mengulas buku ini di Konti Ikim.FM tempoh hari menyatakan bahawa penulisan buku ini gabungan artikel daripada ramai penulis muda yang merupakan anak-anak Malaysia yang kini berada di bumi India melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan dan pergigian.


Buku yang dimaksudkan adala KUCH KUCH membawa maksud Sesuatu sedang berlaku! Sama ada kita sedar atau tidak. Sama ada kita dengar atau tidak. Sesuatu sedang berlaku.  Umat sedang kronik!



"Bagi menggalas tanggungjawab sebagai seorang daʽi juga dalam merealisasikan amanah ini, para penulis menjadikan buku ini sebagai citra dan kisah mereka bersama. Harapan kami agar para remaja dan anak-anak muda yang lain akan sama-sama bangkit dan sedar akan apa yang sedang berlaku! Kerana buku ini menceritakan tentang hidup kita semua." Ujar beliau.

Penulis-penulis ini menggelarkan diri mereka sebagai Jejak Maududi.  Sempena nama ulama ulung di bumi India iaitu Abul Ala Maududi, seorang ulama India-Pakistan.

Sedikit sebanyak, suasana di bumi India ini telah banyak mentarbiah mereka. Dengan jejak ini, mereka  mengangkat pena.


----------------
Maklumat lanjut buku klik DI SINI
Share:

0 comments:

Post a Comment

Scroll To Top